VIDEO EDITING V.1.0.0

PENGENALAN.

Asas kepada suntingan melibatkan INPUT, PROSES dan OUTPUT. Ketiga-tiga proses ini adalah komponen yang penting bagi proses penghasilan penyuntingan video.


BAHAGIAN SATU :

Space for Hard disk.

Setiap kali proses offline bermula faktor ruang bagi cakera padat amat perlu diambil perhatian. Penggunaan External Hard Disk walaupun baik dari segi simpanan tetapi tidak sesuai untuk tujuan penyuntingan sebab anda perlukan fungsi bacaan bit menggunakan SATA. Apa dia SATA?. SATA merupakan sistem fungsi terkini bagi setiap Hard Disk agar bacaan bit lebih cepat. Perbezaan utamanya adalah pada penggunaan teras kabelnya. Bagi SATA teras kabel lebih kecil dan tidak perlukan penggunaan tembaga pada teras kabelnya. Berbanding dengan PATA adalah lebih lambat. Oleh itu sekiranya anda ingin menggunakan External Har Disk Pastikan ia mampu disambungkan terus ke dalam sistem PC Desktop anda. Bagi pembelian External Hard Disk anda sudah pasti tahu ia memerlukan Casing tersendiri. Casing ini ada yang menyediakan fungsi plug in terus kepada PC Desktop tanpa perlu membukanya dan memasangnya ke dalam PC Desktop.

Bagi Penyuntingan video penggunaan ruang Hard Disk yang besar yang dicadangkan kini adalah 1T bagi profesional dan amatur kurang daripada 300GB. Hard Disk memainkan peranan yang penting dalam proses awal. Memandangkan penyuntingan secara non linear ini adalah suntingan terus daripada PC Desktop bukan Mesin Penyuntingan seperti dahulu. Kalauu dahulu suntingan adalah tidak effisien sebab kos pembelian mesin penyuntiangan mahal tapi masih efektif dari segi masa. Sebaliknya bagi penyuntingan kini amat effisien tapi kurang efektif.

Pastikan Hard Disk anda amat cukup untuk menampung kadar saiz video yang bersaiz besar sebab setiap penyuntingan offline akan menukarkan format DV kepada bacaan .avi fail ke dalam PC Desktop. Sudah tentu penggunaan fail .avi amat besar walaupun beberapa saat. selalunya bagi satu DV tape ia memerlukan sebanyak 10GB bayangkan sekiranya anda mempunyai berpuluh DV Tape. Bagi syarikat besar yang fokus kepada kandungan suntingan video mereka mempunyai server untuk video dengan kadar Terra jadi mereka tidak mempunyai masalah dari aspek simpanan footages. Dengan mudah ia disimpan dan diakses semula.


Footages.


Dalam proses penyuntingan video gambar atau bahagian video daripada pita rakaman seperti VHS, DV Tape, dan hard disk adalah amat penting. Ketiadaan footages bermakna tiada suntingan untuk dijadikan format video.

Footages ini ada berbagai bentuk bergantung video apa yang pihak pengarah atau jurugambar lakukan. Sebagai contoh mudah footages Drama tidak sama dengan Majlis Kahwin. Kedua-duanya mempunyai ruang dan keadaan yang berbeza. Oleh itu teknik suntungan juga mesti berbeza terhadap perkara mana yang penting dan amat penting.


Selecting Footages.


Single Cam :
Single Cam adalah penggunaan kamera hanya satu sahaja. Suntingan sebegini amat mudah. Tetapi ada sesetengah penggunaan kamera satu sahaja tetapi scene yang digunakan dengan pelbagai kedudukan. Bermaksud Satu kamera berfungsi sebagai Multi Cam. Ini juga perlu diambil perhatian untuk mempastikan setiap daripada kesinambungan footages tidak terputus berdasarkan kepada log timecode, log suara dan log aktiviiti.

Multi Cam :
Multi Cam pula adalah penggunaan beberapa gabungan sudut kamera. Sebagai contoh Long Shoot dan Close Up Shoot. Bagi sesetengah perisian suntingan fungsi tools bagi suntingan sebegini memang ada dan boleh digunakan. Proses suntingan sebegini akan menjadi lebih mudah dengan menggabunkan beberapa multi scene daripada beberapa buah kamera. Sebagai Contoh AVID untuk versi terkini ada menyediakan tools berkenaan. Begitu juga untuk ADOBE Premier CS3 dan Edius Canopus V.4.0.0 ada menyediakan tools berkenaan.

Satu DV Tape memerlukan hampir 1:00:00 jam perlu disunting secara offline. Pemilihan sebegini perlu teliti. Semasa proses Offline ini jika anda bijak menggunakan masa ia akan membantu untuk proses dan kerja-kerja penyuntingan kemudian dengan lebih cepat. Menyunting bahagian yang ada kepentingan dalam kandungan video amat penting. Pemilihan sebegini kekadang bagi editor baru amat mengelirukan. Sebab sukar untuk menentukan yang mana lebih penting dan penting. Kekadang sesuatu yang penting diberikan keutamaan berbanding scene yang amat penting. Proses untuk membezakan dua perkara ini hampir sama seperti kita membuat ringkasan isi penting secara bertulis.

Contohnya antara dua footages ini iaitu yang pertama Membuka pintu dan hendak masuk ke dalam bilik dibandingkan dengan Bercakap di dalam bilik dengan seseorang. Sudah pasti footages yang bercakap di dalam bilik lebih utama berbanding yang pertama sebab yang pertama tidak menyampaikan maksud hendak bercakap sedangkan footages yang kedua adalah tercapai maksudnya dengan pernyataan bahawa bercakap dengan seseorang itu lebih diutamakan.


BAHAGIAN DUA :


Software Editing.


Penggunaan software penyuntingan yang baik akan membantu menghasilkan kualiti dan kuantiti video anda. Misalnya jika anda menggunakan perisian amatur maka hasilnya adalah amatur. Jangan terpedaya dengan perisian mudah diselenggara tetapi menghasilkan kualiti seperti profesional.

Saya mencadangkan untuk kualiti penyuntingan yang baik gunakan Final Cut Pro, Adobe Premier, Edius Canopus. Bagi hasilan amatur tetapi berkualiti gunakan Pinnacle Video dan Sony Vegas V.8.0. Terdapat juga perisian lain tetapi agak kompleks seperti AVID. Terdapat juga perisian yang hybrid iaitu fungsi suntingan dan grafik digabungkan sekali seperti Final Cut Pro. Adobe Premier dan Edius Canopus amat sedikit tetapi dari segi operasi amat baik iaitu sistem render yang ada pada Edius Canopus amat baik sekali berbanding Adobe Premier. Edius Canopus amat sesuai untuk suntingan yang panjang berbanding komersial.


BAHAGIAN TIGA :

Rendering.

Proses ini adalah untuk mengkompailkan keseluruhan bit video kepada bentuk format yang kita kehendaki. Bagi mereka yang biasa dengan proses ini sudah tentu mereka akan menetapkan bentuk final mereka dalam bentuk CD, DVD atau Web Video. Kini terdapat beberapa standard format video telah dihasilkan dan antaranya yang terkenal adalah .flv dan kebiasaannya bagi final berbentuk DVD akan menggunakan format .m2v atau m2p. Kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan. .m2v format yang dihasilkan adalah audia dan video akan diasingkan. Fail DVD .m2p pula kedua-dua audio dan video dikompailkan sekali. Kenapa ini berlaku?. Sebabnya ada sesetengah perisian DVD Editing ia menggunakan hanya fail .m2v dan tidak .m2p. Sejak kebelakangan ini kebanyakan daripada perisian DVD Editing banyak menggunakan fail .m2p berbanding .m2v.

Proses ini memerlukan anda menentukan apakah bentuk fizikal final anda. Sekiranya untuk keperluan Web Video amatlah sesuai menggunakan fail .flv berbanding format lain. Sebabnya fail .wmv yang dihasilkan oleh Microsoft juga tidak setanding dengan proses teknologi encoding video .flv.


Final Project.

Selalunya final proses hanya akan berlaku apabila pihak klien dan Post Produksi bersetuju dengan kandungan dan hasilan projek video. Sekiranya tidak ada persetujuan proses final belum dapat diakhiri lagi. Selalunya proses ini memakan masa disebabkan oleh faktor kehendak klien yang berbeza.